Friday, May 22, 2009

....PeRiStIwA NaTrAh...

NATRAH.....

name yg menjadi sebutan dan menjadi rebutan beberape negara pd zaman dahulu...peristiwa natrah yg menyayat hati dan menyebabkan rusuhan yg besar....tergerak hati ana unt menulis dan mencari mengenai peristiwa natrah apabila ana ditanya oleh seorg ustaz tntg peristiwa ni...so..ana blik dan mencari sedikit maklumat tntg peristiwa ni...ternyata peristiwa ni mendapat perhatian seluruh dunia..mungkin bg kita yg masih muda x byk yg mengetahui tntg peristiwa ni..walhal ana sendiri pun br mengetahuinyer....cerita ni ana petik dr sebuah website..ana nk cerita sendiri pun agak sush...dan semoga peristiwa ini memberi pengajaran n fikir2kanlah....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.
Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

* 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
* Disember 1942 Akibat kesempitan hidup, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun.
Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
* Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah.
Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang
dianggap bangsa penjajah.
* 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah.
Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
* September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
* 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
* 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah.
Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
* 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura.
Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun.
Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.
Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak.
Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga.
Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
* Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim.
Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya.
Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
* 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
* Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
* 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'.
Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
* Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda.
Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari.
Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia.
Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
* 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen.
Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
* 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
* 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
* 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
* 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit.
Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu.
Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
* 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya.
Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver.
Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
* 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
* 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
* Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt.
Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
* 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans.
* 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
* 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga...
Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
* Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel.
Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

Source: Wikipedia

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

peristiwa mendapt perhatian sehingga ad lagu mengenai natrah nyanyian oleh Handy -Black tp telah dibannedkan..

NATRAH....


Kejatuhan si perawan di kota temasek...
jeritannya yang tak bersuara
menakluki kita semua
hingga mencetuskan
sengketa......

Hadiran nya adalah satu titik bencana
Tika mengorbankan ugama dan nyawa
Iya menjadi satu legenda
Terciptanya satu sejarah...

Natrah yang malang....
Nyawamu di pertaruhkan
Kezaliman pecana di patahkan

Natrah......
Nilaimu dipertahankan
Bangsamu merampaskannya
Kau bisa menyerah dan turuti

Demi menjunjung kebohongan
Sehingga kini....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semoga kisah ni menjadi pengajaran kepad kite semua...dan pertahankanlah nikmat islam yg kite ad sekarg ni....moge menjadi pengajaran...I/allah...

..... BuAt SaHaBat2 sEpeRjUaNgAn....

DoA PeRpiSaHaN..

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o…

semoga pertemuan n ukhuwah yg terjalin mendapat keredhaan dan restu drMU YA ALLAH....ana sgt bertuah bertemu ngan sahabat2 semua....jagalah ukhuwah ni baik2....buat sahabat2 dalam perjuangan kita xkan lepas dr rintangan...tp jgan sesekali kite undur walau selangkah...tetap teruskan perjuangan ini...hingga akhirnyer...andai kau gugur..andai kau syahid..kau diredhainya...tabahlah sahabat2ku...

\

...KeM yG PaLiNg bEsT!!!!....

Assalamualaikum...

akhirnyer dpt jgak ana menulis di blog ni..setelah hampir seminggu ana tinggalkan...kali ni nk citer kem yg ana pegi bebaru ni...hmm...ana bgtau kem ni sgt best..kem ni lain dr yg biase...memg btl2 lain...kalu nk kate lthn tentera pun blh gak..kem ni sgt2 menguji mental, fizikal, rohani n ilmu pengetahuan...perjalanan ke kem ni sgt menarik n agk travelled skit la..kitaorf peserta x diberitahu pasl kem ni...perjalanan kem ni cm main permainan xplorace..menyeronokkan..main teka teki lak kan..heheh...dh beberape jem perjalanan dr kolej..akhirnyer smpila tempt yg dituju...memg nyaman...dikelilingi hutan hijau...
akiviti bermula petg tu..cm besa la kan..riadah...hehe..tp ape yg diciter kem ni byk menyedarkan ana yg selalu lalai...n ana sgt bertuah kerana terpilih...kem ni menyedarkan betape kerdilnyer ana...betape miskinnyer ana....betape byk lg yg perlu ana beljar...sedarkan diri ana gak yg begitu byknyer kelemahan yg ana ad...sejujurnyer...kem ni memg byk manfaat yg ana dpt..ia mcm mentarbiyyah diri ana yg lalai ni..ubah diri ana kearah yg lbh baik..i/allah..byk pengisian yg ana dpt membantu ana unt hadapi mase2 seterusnyer...semoge ana istiqamah ngan pe yg ana dpt...dan ana berdoa dan memohon moge dikuatkan hati ana nt berjuang dijalanNYA..tabahkanlah hati hambaMU ini...moge dpt keredhaanMU didunia dan diakhirat...kpd sahabt2 sume...selmt menempuhi semua dugaan n cabaran di mase akn dtg..dan semoga kite dpt ukhuwah yg terbina sebaik2nyer..jgn la gaduh sesame sendiri..jdkan kem tu sbg satu permulaan bg kite unt melangkah kedunia yg baru yg lbh mencabar...selamat berjaya ama ucpkan...hmm..
senyum selalu... :)

Friday, May 15, 2009

...mEnGaPe AkU Yg tErPlIiH....

...ak br blik dr taklimat unt kem esk...dan sekarang ak berasa tkt n keliru plak pasl kem tu...mulanyer ak tertanya2 mengapa ak terpilih unt kem tu kt naqibah ak...ak bgtau la x layak asenyer bg ak unt terpilih msk kem esk tu...tp jawab akak tu..sume org x layak..tp anggaplah kem tu satu petunjuk dr ALLAH unt ubah diri natrah...ubah menjadi lbh baik..hmm..blh diterima pki...

dh pegi taklimat td...seram sejuk plak asenyer...kem ni memg tough la...walaupun x diberitahu aktiviti pe, kt mane?, berape hari??..tp ak dpt rasekan kem ni memg tough la...lbh2 lg bla diberitahu yg tindak tanduk anda diperhatikan...mcm pesalah pun ad gak...ak cube luahkan perasaan tktku pd akak naqibahku..tp katanya " zaman Rasulullah dulu pun shbt2 msk islam pun dlm keadaan terancam kan??.." kata2 ni membuat ak pk btl gak kate2 tu...dan ak cube tanamkn dlm hatiku...ak boleh...walaupun x sepenuhnyer...tp segalanye ak serahkan hanya YANG MAHA BERKUASA... ak anggapkan ak bertuah dipilih dan ak akn berusaha sepenuhnyer ngan segala yg ak termampu...I/allah....doakn la semoga ak berjaya...aamiiin...

..TaNgIsAn....

artikel ni saya amek dr satu laman web...tersentuh hati sy membacanyer...lbh2 lg apabile saya berada jauh dr keluarga...

ikutilah.....

Saya terasa terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita yang bagi saya amat penting untuk kita bersama renung dan fikirkan. Bukan cerita hantu, bukan pula cerita anak yang menangis di malam hari.
Melihat anak-anak sendiri berjaya dalam kehidupan merupakan keinginan setiap dari ibu bapa. Kepayahan membesarkan anak-anak merupakan sesuatu yang tiada nilainya sehingga walaupun kita membuat penilaian sendiri tentang harga yang mungkin boleh kita bayar, pastinya anggaran kita itu salah sama sekali. Pengorbanan ini memang tiada tolok bandingnya. Saya menceritakan cerita ini dengan watak seorang ibu yang saya gambarkan wataknya sebagai " umi" bersama beberapa orang anaknya. Umi seorang ibu yang hebat kerana walaupun dia sudah berusia dan telah kematian suami, dia masih sanggup membela seorang anaknya yang mempunyai masalah mental. Umi membesarkan anak-anaknya yang lain sehingga masing-masing berjaya dan hidup dalam keadaan senang. Ada anak umi yang menjadi agamawan dan ada juga yang menjadi pegawai tinggi. Walaupun anaknya masing-masing telah hidup dalam keadaan senang, umi masih menetap di rumah teratak usangnya bersama anaknya yang sakit itu. Anak-anaknya yang lain dilihat selalu menziarahinya, tambahan pula ada rumah anaknya berhampiran dengan teratak umi. Anak-anak umi juga berjasa baik kerana telah menghantar umi mengerjakan haji disaat-saat usianya yang semakin senja. Segala-galanya nampak baik dan sempurna pada kehidupan keluarga umi. Ketika itu umi dalam kehidupan yang amat baik dan selesa.

Lumrah dunia, tatkala usia melewati senja, keadaan kesihatan umi mula menampakkan penurunan. Umi mula sakit dan tidak berdaya untuk bangun. Alhamdulillah, anak-anak umi mengambil peranan menjaga umi secara bergilir-gilir. Segala-galanya tampak baik dan sempurna pada permulaannya. Namun, sifat kejahilan manusia mula memakan sifat kasih sayang. Anak-anak umi mula saling bertengkar mengenai giliran menjaga umi. Pertengkaran itu tanpa segan silu berlaku di hadapan umi, betapa pilu hati umi mendengar pertengkaran itu. Seorang anak mahukan keadilan dalam penjagaan, dia tidak mahu asyik dia yang menjaga. Seorang anak lagi mahu jangan terlampau berkira dalam soal penjagaan umi. Seorang lagi mula menjauhkan diri kerana tidak mahu menjaga umi. Pertengkaran ini kadangkala menyaksikan pelbagai drama yang tanpa sedar, menjadi tontonan masyarakat setempat. Anak umi yang sakit itu pula telah terabai, adik-beradik lain seolah-olah tidak mahu bertanggaungjawab terhadap adik mereka. Jika dulu umi yang bertanggungjawab memberikan dia makan ubat mengikut jadual, namun kini tiada lagi. Keadaan anak umi yang sakit mental itu semakin serius kerana tiada siapa yang menjaga makan minum dan ubat-ubatannya.

Anak-anak umi yang bertengkar mengenai soal penjagaan mula menetapkan jadual setiap seorang menjaga umi untuk seminggu dan ditukar secara bergilir. Jika ada yang terlambat mengambil umi pada masa yang ditetapkan, maka pertengkaran hebat akan berlaku. Walaupun kadangkala hanya lambat sehari, natijahnya umpama setahun lewat. Dengan keadaan sakit dan tidak dapat bangun, umi terpaksa menggagahkan diri berpindah randah setiap minggu. Kesedihan umi melihat sikap anak-anaknya tidak tertanggung lagi. Tatkala malam, umi menangis meluahkan perasaan. Tangisan umi dapat didengari oleh jiran-jirannya yang lain. Suara tangisan yang mengharapkan simpati agar difahami keinginan seorang ibu yang menderita dikala usia meniti pengujung hidup. Anak-anaknya tetap begitu. Walaupun anak bergelar agaman, tetapi bukan itu jaminan untuk anaknya mengerti perasaan umi.

Demikianlah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita kini. Ibu yang satu bisa menjaga anak yang berpuluh. Anak yang berpuluh belum tentu mampu menjaga ibu yang satu. Adakah ada lagi tangisan umi diwaktu malam hari? Adakah tangisan itu akan menjadi sepi hanya apabila umi memejamkan mata tatkala anak-anaknya saling menolak sesama mereka dalam menjaga umi? Adakah mata umi akan terpejam apabila "tersepit" dalam keadaan itu? Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca agar kita jangan sesekali menjadikan ibu atau ayah kita senasib dengan nasib umi. Jangan biar ada tangisan ke dua yang mendayu lagu yang sama. Biarlah malam itu dipenuhi dengan tangisan hantu, tetapi tidak sesekali dipenuhi dengan tangisan seorang ibu.
"Kejayaan seorang anak hanya akan terbukti apabila ibunya mati dalam keadaan kebahagian dan ketenangan, bukan pada kekayaan yang dilimpahkan pada kenduri arwah yang sememangnya bidaah (bukan contoh dari Nabi SAW dan para sahabat) dan kuburan ibunya."


ibu..ayah...ampunkan dosa2ku...terlalu byk ak menyusahkan ibu n ayah...maafkanlah anakmu ini...anakmu ini memerlukan keredhaan n restumu disini...nantikalah kepulangan anakmu...ak akn jaga diriku baik2....ak akn ingat segala nasihatmu..ibu..ayah....ak doakan kesejahteraan ibu n ayah didunia dan diakhirat...ibu n ayahlah segala2nya buatku...

...DeTiK qAlBu...

DeTiK QaLbU...

Cinta adalah nikmat dari Allah...
yang membuat dunia menjadi tiada bertepi...
lebih dalam dari lautan yang dalam...
lebih tinggi dari angkasa membumbung...


Berbahagialah yang dihidupkan hatinya dengan cinta...
namun waspadalah...
bagi orang yang dibutakan hatinya dengan cinta...

Seindah-indah cinta adalah cinta kepada penggenggam alam semesta...

Kepada Yang Maha Mencinta... yang tiada pernah putus cintanya, yang kekal cintanya...

DIA-lah ALLAH!,
ALLAH yang Maha Agung, Maha Indah, Maha Penyayang, Maha Membela, Maha Mempesona

Cinta kebenaran, cintai Rasulullah
cinta semata-mata kerana ALLAH

...NoTa CiNtA....

nOtA CiNtA...

Andainya dapat kumenulis nota-nota cinta buat dirinya
Inginku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi..
Bersama kata-kata puji..

Sedang dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga

Cintaku kepada dia
Rinduku hanya padanya
Kasehku balas cintanya
Setiaku balas kasihnya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatnya
Akurku Kebesarannya
Teragung Maha Sucinya
Taatku hamba yang hina pada pencipta

Kiranya aku hilang arah.. Jalan hidupku, berubah punah
Namun kasihnya, tak pernah akan musnah
Belas rahmatnya, terus mencurah-curah
Nur hidayahnya semakin cerah

..persinggahan...

PERSINGGAHAN..

Sekian lama hidup di kegelapan,

Teraba-raba tanpa tujuan,

Akal dan budi seakan tak berfungsi,

Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,

Menyeksa badan membakar jiwa,

Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,

Renungkanlah ini,

Kita sekadar di persinggahan,

Pasti kembali pada yang menciptakan,

Ombak dan badai lumrah kehidupan insan,

Insaflah semua darinya jua

Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….

Pada ilahi bantuannya menanti,

Iman dan takwa yang sejati,

Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang beriman,

Tuhan pencipta maha penyayang,

Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan

Hanya pada tuhan

Lirik lagu kump. zahran

....memori surveying camp...

...setelah 2 mggu bertungkus lumus menyiapkan segala task yg disediakn, akhirnyer semua sudah selesai n alhamdulillah semuanya berjaln ngan lancar...tp adatlah dlm buat keje tu adlah tensionnyer...disana kitaorg wat 4 task..traversing, levelling, detailing n cross section n lastly hydrographic survey...selama 4 hari kitaorg berada di site..bermula dr kul 7.30 pg - 4.00 ptg..memg btl2 menguji kesabarn semua org dgn cuaca yg panas...siteku di kelilingi ladang kelapa sawit...kiri kanan nampak kelape sawit jer...huhu...selama 4 hari tu macm2 yg berlaku...kitaorg hanye dihantar maknan n makn kt tepi jalan jer..huhu..agak sdey, tp bersyukurlah dpt mkn gak kan...n seperti ad gangguan seperti anjing, ular, katak....besalah ladang kelapa sawit kan...dan kt situ kebanyakannya indian n chinese...memg menguji la...ad sekali tu, kt site ak, kitaorg punyer group ngah lunch, pastu ada la 2 ekor makhluk ALLAH menuju kt kitaorg punyer site...anjing la tu..terketar2 kitaorg time nk mkn tu...dh la ngah mkn...ish2..hilang selera mkn...huhu..

tu kisah kt site..tp lain plak kt chalet n dewan kitaorg wat keje...panas tu x kisah la..tp yg tensionnyer..byk tol lalat n nyamuk n katak...mlm tido diganggu nyamuk...siang hari mkn diganggu lalat..time masuk blik air jumpe la katak...apelah naseb kitaorg ni...tp sabarlah 2 mggu kt situ..

disamping menyiapkan keje2 site n wat plan unt site..kami diberi peluang unt release tension gak..petang2 kitaorg main volleyball...memg btl2 ak main..volleyball memg ak minat...kalu x main pun, sti lepak2 kt jeti tu..tgk ikan...obor2...bg mkn ikan...heheh..memg seronok..ak jugak main sukan yg jarang pmpn main..sepak takraw...heheheh...saje main2...blh la main..tp skt kaki...hahhaa.main lg...memg seronok la...

seronok2 gak..tp dh last2 day nk blik..semua org tension..semua nk siapkan plan...time ni memg menguji kesabarn...sampai x tdo mlm...siapkan site plan n cross section draf unt plan...tp alhamdulillah kami dpt siapkan jgak smpi kul 2 pg 13hb mei...pastu keesokannye kami kena present plak dpan lecturer pe yg kitaorg dh wat selame 2 mggu ni berkaitan ngan keje yg diberikan..alhamdulillah...sume berjaln lancar..

mlm akhir yg ditggu oleh sume...mlm tu ad bbq...tp bg ak mlm tu x dpt menggembirakan hatiku walaupun sume dh selesai...mlm tu diraikan ngan berkaraoke bg setiap group...bg org lain mungkin ini besa, tp bg ak...ak x berape selesa..n hati ak sgt sedih tgk kwan2 ak yg menyanyi n menari kt depan tu...lelaki ku boleh terima..tp pmpn...ak xtau la..pk la sendiri...sdih ngan fenomena ini...lg satu, camp ni dimanfaatkan btl2 oleh pasangan yg berkapel unt berdua2an...memg x patut n sdey tol...

tp pe2 pun, semua sudah selesai....ak harap ini semua berguna unt ak gunakan pd mase hadapan..i/allah..