..TaNgIsAn....
artikel ni saya amek dr satu laman web...tersentuh hati sy membacanyer...lbh2 lg apabile saya berada jauh dr keluarga...
ikutilah.....
Saya terasa terpanggil untuk berkongsi sebuah cerita yang bagi saya amat penting untuk kita bersama renung dan fikirkan. Bukan cerita hantu, bukan pula cerita anak yang menangis di malam hari.
Melihat anak-anak sendiri berjaya dalam kehidupan merupakan keinginan setiap dari ibu bapa. Kepayahan membesarkan anak-anak merupakan sesuatu yang tiada nilainya sehingga walaupun kita membuat penilaian sendiri tentang harga yang mungkin boleh kita bayar, pastinya anggaran kita itu salah sama sekali. Pengorbanan ini memang tiada tolok bandingnya. Saya menceritakan cerita ini dengan watak seorang ibu yang saya gambarkan wataknya sebagai " umi" bersama beberapa orang anaknya. Umi seorang ibu yang hebat kerana walaupun dia sudah berusia dan telah kematian suami, dia masih sanggup membela seorang anaknya yang mempunyai masalah mental. Umi membesarkan anak-anaknya yang lain sehingga masing-masing berjaya dan hidup dalam keadaan senang. Ada anak umi yang menjadi agamawan dan ada juga yang menjadi pegawai tinggi. Walaupun anaknya masing-masing telah hidup dalam keadaan senang, umi masih menetap di rumah teratak usangnya bersama anaknya yang sakit itu. Anak-anaknya yang lain dilihat selalu menziarahinya, tambahan pula ada rumah anaknya berhampiran dengan teratak umi. Anak-anak umi juga berjasa baik kerana telah menghantar umi mengerjakan haji disaat-saat usianya yang semakin senja. Segala-galanya nampak baik dan sempurna pada kehidupan keluarga umi. Ketika itu umi dalam kehidupan yang amat baik dan selesa.
Lumrah dunia, tatkala usia melewati senja, keadaan kesihatan umi mula menampakkan penurunan. Umi mula sakit dan tidak berdaya untuk bangun. Alhamdulillah, anak-anak umi mengambil peranan menjaga umi secara bergilir-gilir. Segala-galanya tampak baik dan sempurna pada permulaannya. Namun, sifat kejahilan manusia mula memakan sifat kasih sayang. Anak-anak umi mula saling bertengkar mengenai giliran menjaga umi. Pertengkaran itu tanpa segan silu berlaku di hadapan umi, betapa pilu hati umi mendengar pertengkaran itu. Seorang anak mahukan keadilan dalam penjagaan, dia tidak mahu asyik dia yang menjaga. Seorang anak lagi mahu jangan terlampau berkira dalam soal penjagaan umi. Seorang lagi mula menjauhkan diri kerana tidak mahu menjaga umi. Pertengkaran ini kadangkala menyaksikan pelbagai drama yang tanpa sedar, menjadi tontonan masyarakat setempat. Anak umi yang sakit itu pula telah terabai, adik-beradik lain seolah-olah tidak mahu bertanggaungjawab terhadap adik mereka. Jika dulu umi yang bertanggungjawab memberikan dia makan ubat mengikut jadual, namun kini tiada lagi. Keadaan anak umi yang sakit mental itu semakin serius kerana tiada siapa yang menjaga makan minum dan ubat-ubatannya.
Anak-anak umi yang bertengkar mengenai soal penjagaan mula menetapkan jadual setiap seorang menjaga umi untuk seminggu dan ditukar secara bergilir. Jika ada yang terlambat mengambil umi pada masa yang ditetapkan, maka pertengkaran hebat akan berlaku. Walaupun kadangkala hanya lambat sehari, natijahnya umpama setahun lewat. Dengan keadaan sakit dan tidak dapat bangun, umi terpaksa menggagahkan diri berpindah randah setiap minggu. Kesedihan umi melihat sikap anak-anaknya tidak tertanggung lagi. Tatkala malam, umi menangis meluahkan perasaan. Tangisan umi dapat didengari oleh jiran-jirannya yang lain. Suara tangisan yang mengharapkan simpati agar difahami keinginan seorang ibu yang menderita dikala usia meniti pengujung hidup. Anak-anaknya tetap begitu. Walaupun anak bergelar agaman, tetapi bukan itu jaminan untuk anaknya mengerti perasaan umi.
Demikianlah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat kita kini. Ibu yang satu bisa menjaga anak yang berpuluh. Anak yang berpuluh belum tentu mampu menjaga ibu yang satu. Adakah ada lagi tangisan umi diwaktu malam hari? Adakah tangisan itu akan menjadi sepi hanya apabila umi memejamkan mata tatkala anak-anaknya saling menolak sesama mereka dalam menjaga umi? Adakah mata umi akan terpejam apabila "tersepit" dalam keadaan itu? Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca agar kita jangan sesekali menjadikan ibu atau ayah kita senasib dengan nasib umi. Jangan biar ada tangisan ke dua yang mendayu lagu yang sama. Biarlah malam itu dipenuhi dengan tangisan hantu, tetapi tidak sesekali dipenuhi dengan tangisan seorang ibu.
"Kejayaan seorang anak hanya akan terbukti apabila ibunya mati dalam keadaan kebahagian dan ketenangan, bukan pada kekayaan yang dilimpahkan pada kenduri arwah yang sememangnya bidaah (bukan contoh dari Nabi SAW dan para sahabat) dan kuburan ibunya."
ibu..ayah...ampunkan dosa2ku...terlalu byk ak menyusahkan ibu n ayah...maafkanlah anakmu ini...anakmu ini memerlukan keredhaan n restumu disini...nantikalah kepulangan anakmu...ak akn jaga diriku baik2....ak akn ingat segala nasihatmu..ibu..ayah....ak doakan kesejahteraan ibu n ayah didunia dan diakhirat...ibu n ayahlah segala2nya buatku...

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home