...CiNtA SeJatI... :)
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
hmm..begitu sekali Tsauban mencintai Rasulullah...tp bla difikirkan adakah kita mcm tu...kita tlah dilalaikan dengan keseronokn dunia...dimana syg kta terhadap Rasulullah...hilang cmtu jer..sedangkn cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yg berlandaskn keimanan yg tulen n mencintai Rasulullah bermakna mencintai Allah..kita bersama siapa yg kita sayangi.Jika didunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nant..hati yg dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yg teramat sangat jika tidak bertemu...pasangan sahabat yg berjumpa n berpisah kerana Allah semata-mata akan mendpt naungan Arasy di hari akhirat kelak...Rasulullah amat mengetahui mana2 umatnye yg mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat...n Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yg mengasihi baginda....
"....sebaik-baik sahabat ialah mereka yg berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah..."
2 Comments:
Insaf ak..
sbb ak x mcm Tsauban
yg amt mencintai Rasulullah s.a.w
hmmm..ak pun x cmtu gak...tp kite berusha la...selalu bc sirah2 nabi..kt situ blh menambahkan rase cinta kita terhadap baginda...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home