Friday, October 16, 2009

..CiNtAi ALLAH sEpEnUh JiWa..



Kita sering mendengar istilah cinta. malah, kita pun byk kali bercinta. cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yg dilihat dlm filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan. Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yg diputar biarlah melalui frekuensi yg btul. memdapat gelombang yg betul baru dpt mendengar suara yg btul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yg berhubung langsung antara sebut dan buat.

Apabila memperkatakan cinta, perlu ad kejujuran dan pengorbanan. cinta ialah memberi dan bukannya mendapat. cinta bukannya apa yg sy dpt dr awak tetapi cinta ialah apa yg saya blh lakukan unt awak. jika mahu org mencintai kita, kitalah mesti mencintai org itu terlebih dahulu.

Apa itu cinta? cinta jika diperhatikan pada perkataan inggeris love membawa makna loyal to the principal iaitu org bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip. jika seorang pekerja yg cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta. cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.

Dalam Islam menganjurkan kepatuhan kami dengar dan kami taat. Taat bukan saja di akal tetapi dihati yg paling dalam. Orang bercinta mesti memenangkan org yg dicintai. jika cinta pada negara, menagkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syrikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan ALLAH. Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yg mahal unt jenama berkenaan.



Jika cinta pada ALLAH biarlah berorientasikan ALLAH. Maknanya utamakan ALLAH. Jika makan cari yg halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang2 kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama. jadi, jika bercinta biarlah sejajar sehingga tidak blh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.

Kita bersama dengan yg dicintai, tidak blh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak blh dipisahkan antara air, gula dan kopi sbb sudah sebati. begitu juga air yg masin. Air dan garam tidak blh dipisahkan. Jadi, cinta pada ALLAH juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. begitu juga cinta pada AL-QURAN, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.

Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai RASULULLAH S.A.W, jawab Aisyah perangai RASULULLAH ialah al-Quran. Maksudnya RASULULLAH dan al-Quran tdak boleh dipisahkan. Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah ahad-ahad (esa) yg keluar drpd mulutnya ialah lambang cinta pada ALLAH..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home