Friday, September 18, 2009

..Berhari raya sesuai dengan tuntunan RASULULLAH S.A.W...

Tiap tanggal 1 Syawal kita berhari raya 'Iedul Fitri. Wahai sahabat2ku, ketahuilah bahwa hari raya ini merupakan rahmat Allah yg diberikan kpd umat Muhammad s.a.w. Disebut 'Ied kerana pd hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kpd kita sbg hambaNya. Diantara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama bulan suci Ramadhan dan kebaikan berupa diperintahkannya mengeluarkan zakat fitrah.

Para ulama telah menjelaskan tentang sunnah2 Rasulullah yg berkaitan dgn hari raya diantaranya:

1. Mandi pada hari raya
Sa'id bin Al Musayyib berkata" sunah hari raya 'idul Fitri ada tiga : berjalan menuju lapangan, makan sebelum keluar dan mandi."

2. Berhias sebelum berangkat solat 'Iedul Fitri.

Disunatkan bg laki-laki unt membersihkan diri dan memakai pakaian terbaik yg dimilikinya, mmemakai minyak wangi dan bersiwak. Sedangkan bg wanita tidak dianjurkan unt berhias dengan mengenakan baju yg mewah dan menggunakan minyak wangi.

3. Makan sebelum solat 'Iedul Fitri.

" Dari Anas R.a, ia berkata : Nabi s.a.w tidak keluar rumah pada hari raya 'Iedul Fitri hingga makan beberapa kurma" (HR Bukhari). Menurut Ibnu Muhallab berkata bahawa hikmah makan sebelum solat adalah agar jangan ada yg mengira bahawa harus tetap puasa hingga solat sunat 'Iedfitri.

4. Mengambil jalan yg berbeda saat berangkat dan pulang dari solat 'Ied.

Hal ini sebagaimana yg dilakukan Rasulullah, beliau mengambil jalan yg berbeda saat pulang dn perginya (HR Bukhari), diantara hikmahnya adalah agar orang-orang yg lewat di jalan itu bisa memberi salam kpd orang2 yg tinggal disekitar jalan yg dilalui tersebut dan memperlihatkan syi'ar islam.

5. Bertakbir.

Nabi s.a.w. biasa berangkat menunaikan solat pada hari raya 'ied, lalu beliau bertakbir sampai tiba tempat pelaksanaan solat, bahkan sampai solat akan dilaksanakan. Dalam hadith ini terkandung dalil disyari'atkannya takbir dgn suara lantang selama perjalanan menuju ke tempat pelaksanaan solat. Tidak disyari'atkan takbir dgn suara keras yg dilakukan bersama-sama. Untuk waktu bertakbir saat Idul Fitri menurut pendapat yg paling adalah setelah meninggalkan rumah pada pagi harinya.

6. Ucapan selamat Hari Raya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang mengucapkan selamat hari raya dan beliau menjawab : " Adapun ucapan selamat pada hari raya 'ied sebagaimana ucapan sebahagian mereka terhadap sebahagian lainnya jika bertemu setelah solat 'ied iaitu Taqabbalallahu minna wa minkum ( semoga Allah menerima amal kami dan kalian ) atau ahaalAllahu 'alaika (mudah2an Allah memberi balasan kebaikan kepadamu) dan semisalnya. " Telah diriwayatkan dari sejumlh sahabt Nabi bahawa mereka biasa melakukan hal tersebut. Imam Ahmad dan lainnya juga membolehkan hal ini. Imam Ahmad berkata " Saya tidak akan memulai seseorang dengan ucapan selamat 'ied. Namun jika seseorang itu memulai maka saya akan menjawabnya " yang demikian itu kerana menjawab salam adalah sesuatu yg wajib dan memberikan ucapan bukan termasuk sunnah yg diperintahkan dn jug tidak ada larangannya. Barangsiapa yg melakukannya maka ada contohnya dan bg yg tidak mengerjakannya juga ada contohnya. ( Majmu' al-Fatawa. 24/253 ). Ucapan selamat hari raya ini diucapkan hanya pada tanggal 1 syawal.

7. Kemungkaran-kemungkaran yg terjadi pada hari raya.

Saat hari raya, kadang kita terlena dan tanpa kita sedari kita telah melakukan kemungkaran-kemungkaran diantaranya :

  1. berhias dengan mencukur janggut ( untuk laki-laki)
  2. berjabat tangan dengan wanita yg bukan mahram.
  3. menyerupai atau tasyabuh terhadap orang-orang kafir dlm hal pakaian dan mendengarkan muzik serta berbagai kemungkaran lainnya.
  4. masuk rumah menemui wanita yg bukan mahram.
  5. wanita bertabarruj atau mempamerkan kecantikannya kpd orang lain dan wanit keluar ke pasar dan tempat-tempat lain.
  6. mengkhususkan ziarah kubur hanya pada hari raya 'ied saja, serta membagi-bagikan permen, dan makanan-makanan lainnya, duduk dikuburan, bercampur gaul antara laki dan perempuan, melakukan sufur ( wanitanya tidak berhijab), serta meratapi orang-orang yg sudah meninggal dunia.
  7. berlebih-lebihan dan berfoya-foya dlm hal yg tidak bermanfaat dan tidak mengandung maslahat dan faedah.
  8. Banyak orang yg meninggalkan solat dimasjid tanpa adanya alasan yg dibenarkan syari'at agama, dan sebahagian orang hanya mencukupkan solat 'ied saja dan tidak pada solat lainnya. Demi Allah ini adalah bencana yg besar.
  9. Menhidupkn malam hari raya 'ied, mereka beralasan dengan hadith Rasulullah :
  10. " Barangsiapa menghidupkan malam hari raya 'iedul fitri dan 'iedul adha, maka hatinya ridak akan mati di hari banyak hati yg mati." ( Hadis ini maudhu' / palsu sehingga tidak dapat dijadikan dalil).
..hari ini adalah hari terakhir menjalani ibadah puasa unt ramadhan kali ini. perpisahan kita dgn bln yg penuh izzah n berkat. Adakah ramadhan kali ini, kita btl2 berjaya mendapat rahmat keampunan n pelepasan dr azab neraka? Adakah kita dpt menyambut kembali ramadhan thn hdpn? Ruh syawal muncul kembali. Bln kebahagiaan, gelak tawa, gurau senda, senyum manis dr setiap wjah snak sedare, shbt handai, jrn tetangga, menyejukkan jiwa, mendamaikan hati.

dikesempatan ini..saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home