Monday, March 22, 2010

,,hidup umpama 2 permukaan duit syiling..

erm..pe yg kita faham dr pernyataan diatas??

hidup ni umpama 2 permukaan duit syiling yg mana salah satu permukaan diibaratkan DUGAAN dan satu permukaan lagi sebgai NIKMAT..cube kita lambung duit tersbut ke udara, dan jatuh, anda tidak kan tau pe yg akan anda dapt..sama ada DUGAAN atau NIKMAT??
ada ketikanya kita kan mendapat kesusahan dan ada ketikanya kita kan dpt perkara yg menyenangkan kita..

kita xpernah tahu pe yg akan terjadi pada masa akan dtg.. dan kita xperlu tau tentg tu kan??
pe yg kita perlu buat ialah apa persediaan kita untuk menghadapi DUGAAN dan NIKMAT td..kita selalu berada dlm keadaan sush atau senang, sedih atau bahagia. inilah yg selalu terjadi dlm hidup kita..
hidup ni umpama lembah dan bukit yg terhampar dihadapan kita, jalan yg naik dan turun..hidup ini x pernah selalu sempurna sehingga kita selalu berada diats, tidak pernah terlalu sempurna sehingga menawarkan jalan yg rata tanpa lubang sama sekali. Namun hidup juga tidak pernah terlalu buruk sehingga menenggelamkan seseorang terus menerus didasar jurang kehidupan..

kalaupun ad org yg hidupnye terus melonjak naik dan tak pernah jatuh, itu x bererti die xpernah diuji walaupun sekali. erm...mungkin keuntungan dan kesenangan itu yg menjadi ujian hidupnye.. dan mungkin kejayaan itu melalaikan dan menghancurkan dirinya saat2 akhir..
org yg naik terlalu tinggi, bila dia jatuh terhempas, die kan lbh terasa sakitnye berbanding org lain..kalaupun die tidak jatuh didunia, mungkin die blh jatuh dan turt hancur dialam kematiannya, kecuali ujian kesenangan itu tidak menjauhkan dirinya dari nilai2 yg hakiki.

begitu juga sebaliknya, jika ad org yg hidup menderita didunia, mungkin diakhir hidupnya akan mendapat kebahgiaan atau die mendapat ganti yg lbh baik pd kehidupannya sesudh mati.
Apa yg kita lakukan didunia ini, ingatlah balsan diakhirat nant....ingat!! dunia ini hanya sementara, sementara akhirat adlh yg kekal abadi...

:)

Tuesday, March 2, 2010

diriku yg khilaf...

khilaf sungguh diriku terhadapMu YA ALLAH...aku sudh menjadi hambaMu yg lalai...terlalu banyak peluang yg ENGKAU berikan padaku, tapi aku telah sia2kan..aku telah SIA2KAN...ampunkanlah aku YA ALLAH..bantulah aku YA ALLAH..aku hamba yg khilaf...aku sudah terlalu lalai...sampaikan aku malu untuk bertemu ngan sahabat2ku...aku malu dengan diriku sendiri..malu untuk mengaku aku ni hambaMU...
YA ALLAH...bantulah aku YA ALLAH...kuatkanlah hatiku YA ALLAH...semoga aku dpt fokus pd gerak kerja n j... YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU YG LEMAH...YG MUDAH TERLALAI...SESUNGGUHNYA AKU MEMERLUKANMU...SANGAT2 MEMERLUKANMU..

Monday, February 22, 2010

dugaan dan cabaran..=(

salam..
dah lame asenyer ku tidak menulis..terasa ingin menulis, tapi masa n idea yg tiada membuatkan diriku jadi malas untuk menulis..tapi kali ini ingin juga aku luahkan walaupun tiada kata yg sesuai untuk kukatakan..

jika difikirkan dan diimbas balik, bnyak yg berlaku sepanjang 2,3 bulan ni....dan banyak perubahan yg berlaku padaku..perubahan yg padaku yg x bererti apa2.kerana apa erk??kerana kurasakan makin jauh denganNYA..hati aku dh penuh dengan titik2 hitam...yg kurasakan makin gelap...YA ALLAH..bantulah aku..ku ingin kembali padaMU..bgla aku kekuatan untuk hadapi semuanya..jgn aku jadikan alasan ujian yg diberikan membuatkan aku makin jauh denganMU, tapi sepatutnyer ia mendekatka diriku padaMU..

bermula dengan apa yg berlaku pada nenekku atau kupanggil tok...aku melihat kesushan n kerisauan pada wajah makku, kudapat rasakan kerisauan n kesush hati makku bila melihat tok aku terlantar kat hospital..tapi xd pe yg dpt ku bantu..aku ank yg x berguna..bila keadaan tu berlaku, aku seolah2 blurrrr dan tak tahu apa yg harusku lakukan..

dan bila makku sendiri dlm keadaan yg tidak siht, aku ingin membantunya n menenangkan hatinya, tapi itupun aku x mampu lakukan..bermula pada hari rabu yg lepas..pd pg yg agak mendung..ku lihat wajah makku yg sayu...memg masa tu makku x berapa sihat..demam n mungkin kesan dr penyakit darah tinggi yg dihidapi oleh makku membuatkan mak aku makin lemah..

dipagi yg sayu tu, makku menangis..sebak hatiku yg melihatnyer..dan aku masih ingat lagi apa yg makku katakan pd pagi tu..die bertanya mana anak2nyer..anak2nyer ramai, tapi bila die sakit, xd org yg jenguk pun..aku lihat ayahku cube menenangkan makku..aku x mampu buat apa2, aku terkaku kat situ melihat tangisan makku, sebak aku melihat..tapi aku tahan air mataku dr mengalir..aku fikir, jika aku menangis, mak aku lg sedih..bg aku, anak2 adalah kekuatan mak ayah..dan mak ayah adalah kekuatan anak2nyer...

sepanjang hari tu, suasana sayu menelubungi rumahku..xd serinyer lagi..bagaimana rumahnyer nk berseri, jika tuan rumahnyer diselubungi kesedihan??...kegembiraanku adalah apabila mak ayah ku gembira..senyumanku adlah apabila mak ayah ku senyum...kebahagiaan mereka adlah kebahagiaanku juga..aku lemah bila melihat mereka lemah..sepatutnye aku kena kuat bila mereka lemah..tapi kekuatanku x mampu bertahan lama..airmataku jatuh jua...hatiku menangis...aku bantu mak aku setakat yg aku mampu..alhamdulillah TUHAN masih beri aku kekuatan..dan dengan kekuatan itulah aku berada lagi disini..masih meneruskan pelajaran aku kat cni..walau pape pun, pelajaran jgn dilupa..

walaupun dugaan dan cabaran yg mendatang..semoga menjadikan aku jadi tabah dan makin kuat..seperti firman ALLAH dlm surah al-baqarah ayat 286, ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kasanggupannya..."

semoga mak ayah diberi kesembuhan dari penyakit yg dihidapi...siti selalu mendoakan ayah n mak..saya sayang MAK n AYAH..hatiku digamit rindu pada mereka..=)

Sunday, October 18, 2009

..sendiri menyepi..

sendiri menyepi
sendiri menyepi..
tenggelam dlm renungan
ada apa aku seakan kujauh dr ketenangan
perlahan kucari,
mengapa diriku hampa..
mungkin ada salah,
mungkinku tersesat..
mungkin..
dan mungkin lagi..
oh TUHAN, aku merasa,
sendiri menyepi
inginku menangis,
menyesali diri,
mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMU
yg sempat menyala benderang hidupku

OH TUHAN...
aku merasaaa...
seeeeennndiri...aku merasa sendiri
sampai kapan begini
resah tiada bertepi..
ooohh..
kuingin cahayaMU
benderang di hidupku..

sendiriku menyepi..
menyesali apa yg terjadi..
ku mohon keampunan.........
dan kekuatan...
dan ketenangan....

Friday, October 16, 2009

..CiNtAi ALLAH sEpEnUh JiWa..



Kita sering mendengar istilah cinta. malah, kita pun byk kali bercinta. cinta ada kuasa dan kuasa atau kekuatan cinta sebenarnya bukan sekadar yg dilihat dlm filem, tetapi cinta mesti dihayati dan memerlukan pengorbanan. Jika kita bercerita mengenai cinta, kita perlu ada satu persamaan. Ibarat memutar satu lagu di radio, lagu yg diputar biarlah melalui frekuensi yg btul. memdapat gelombang yg betul baru dpt mendengar suara yg btul. Jadi, cinta sejati ialah cinta yg berhubung langsung antara sebut dan buat.

Apabila memperkatakan cinta, perlu ad kejujuran dan pengorbanan. cinta ialah memberi dan bukannya mendapat. cinta bukannya apa yg sy dpt dr awak tetapi cinta ialah apa yg saya blh lakukan unt awak. jika mahu org mencintai kita, kitalah mesti mencintai org itu terlebih dahulu.

Apa itu cinta? cinta jika diperhatikan pada perkataan inggeris love membawa makna loyal to the principal iaitu org bercinta mesti ada ciri ketaatan pada prinsip. jika seorang pekerja yg cinta pada syarikat, mesti ikut prinsip syarikat, jangan langgar peraturan, barulah dinamakan cinta. cinta pada keluarga, tunai tanggungjawab pada keluarga. orang tidak akan menggadai maruah negara dengan rasuah dan pelbagai penipuan jika betul cinta pada negara.

Dalam Islam menganjurkan kepatuhan kami dengar dan kami taat. Taat bukan saja di akal tetapi dihati yg paling dalam. Orang bercinta mesti memenangkan org yg dicintai. jika cinta pada negara, menagkan negara, cinta pada keluarga utamakan keluarga, cinta pada syrikat utamakan syarikat dan cinta pada agama utamakan ALLAH. Orang suka pada jenama. Pakaian berjenama, kasut berjenama, sehingga sanggup bayar harga yg mahal unt jenama berkenaan.



Jika cinta pada ALLAH biarlah berorientasikan ALLAH. Maknanya utamakan ALLAH. Jika makan cari yg halal, jika berpakaian biar menutup aurat. Tetapi kadang2 kasut berjenama tetapi solat tidak berjenama. jadi, jika bercinta biarlah sejajar sehingga tidak blh dipisahkan lagi. Itu namanya sehati sejiwa.

Kita bersama dengan yg dicintai, tidak blh dipisahkan lagi seperti air kopi, sebati tidak blh dipisahkan antara air, gula dan kopi sbb sudah sebati. begitu juga air yg masin. Air dan garam tidak blh dipisahkan. Jadi, cinta pada ALLAH juga biarlah sebati dengan jiwa, darah dan daging. begitu juga cinta pada AL-QURAN, negara, kerjaya dan keluarga kena sebati.

Jika kita ingati, ketika Aisyah r.a ditanya orang mengenai perangai RASULULLAH S.A.W, jawab Aisyah perangai RASULULLAH ialah al-Quran. Maksudnya RASULULLAH dan al-Quran tdak boleh dipisahkan. Bilal bin Rabah apabila ditindih dengan batu besar atas dirinya, kalimah ahad-ahad (esa) yg keluar drpd mulutnya ialah lambang cinta pada ALLAH..

..DoA Yg InDaH..

DOA YANG INDAH..

**Aku meminta kepada Allah unt menyingkirkan penderitaan ku, Allah menjawab TIDAK, itu bukan untukKu singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya.

**Aku meminta kepada Allah unt menghilangkan kecacatanku, ALLAH menjawab TIDAK. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

**Aku meminta kepada ALLAH unt menghadiahkanku kesabaran. ALLAH menjawabTIDAK. Kesabaran adalah hasil drpd kesulitan ; itu tidak dihadiahkan, ia harus dipelajari.

**Aku meminta kepada ALLAH unt memberikanku kebahagiaan. Allah menjawab TIDAK. AKU memberimu berkat. Kebahagiaan bergantung kepadamu.

**Aku meminta kepada ALLAH unt menjauhkan penderitaan. Allah menjawab TIDAK. Penderitaan menjauhkan drpd perhatian duniawi dan membawamu dekat kepadaKU.

**Aku meminta kpd ALLAH unt menumbuhkan rohku. ALLAH menjawab, TIDAK.. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi aku akn memangkas unt membuatmu berbuah.

**Aku meminta kepada ALLAH segala hal sehingga aku dpt menikmati hidup. ALLAH menjawab TIDAK. Aku akan memberimu hidup sehinggakan kau dapat menikmati segala hal.

**Aku meminta kepada ALLAH membantuku mengasihi org lain, sepertimana ENGKAU mengasihiku. ALLAH menjawab.....akhirnya ku mengerti. HARI INI ADALAH MILIKMU, JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang. Tetapi bg seseorang,kamu adalah dunianya..

Tuesday, October 6, 2009

..aku rindukan dia....

..saat ini aku terkenangkan dia...dh lame asenyer aku menyepikan diri...nape yer natrah??..diri aku sendiri pun x pasti..
..cume saat ini aku rindukan dia..dia dh g jauh dr keluarga..tp aku pasti die tetap dihati kami semua..dan kami semua tetap dihati dia selamanya..
...aku pasti..kerana..aku dpt lihat tangisan menghantar pemergian die ke sana...
..dan aku telah kehilangan tempt unt berkongsi rahsia.ase sdh..dan unt bermanja ngan die...:-(

..aku ase bersalah..kerana sblm pemergian dia..aku sempat lg nk bergaduh ngan dia...kini rindu menggamit hatiku..
..tapi walau apa pun..kudoakan keselamatan, kebahagiaan..moga diberi kekuatan unt hadapi segalanya disana..
..aku pasti kamu boleh..
..bertahanlah..
..adik disini sentiasa doakan akak selalu..
..walaupun adik selalu gaduh ngan akak, tp percayalah..adik sayang akak..adik sdh bila akak pegi..
..adik rindulah....

..lagi 3 minggu nk k final..
...so..it is time to focus on study...final is coming..
..aku harus kuat..n FOCUS!FOCUS!FOCUS!