...ingat MATI...lembut HATI....
Mengingati MATI melembutkan HATI…
Ada satu artikel yg saya baca mengenai mengingati mati dapat melembutkan hati..iaitu ad sabda nabi saw yg bermaksud “ perbanyakkan olehmu mengingati penghapus segala kelazatan iaitu maut”. Sabda junjungan ini merupakan satu saranan berharga yg mampu memelihara manusia daripada mengikut hawa nafsu yg hanya memberi kelazatan ddunia sahaja, namun diakhirat kelak, penuh dengan seribu satu kesusahan. Dan kita semua sudah tahu mati tu adalah satu kepastian yg akan dirasai oleh semua jiwa seperti yg tersebut dalam firman ALLAHswt yg bermaksud “ setiap jiwa itu pasti akan merasai kematian”
Ada satu persoalan yg bermain di minda kita semua…mengapa baginda saw menyuruh kita supaya banyak mengingati mati?..jawapannya ialah kerana mati itu merupakan tarikh luput bagi seseorang insan itu. Bahkan mati bukan sekadar mati sahaja sebagaimana yg difahami oleh segelintir manusia, akan tetapi mati itu merupakan suatu keadaan yg menyakitkan sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mati itu menurut sahabat seperti menikam dengan mata pedang dengan beratus tikaman..ada juga yg berpendapat , mati itu seperti kita menyiat-nyiat kulit pada tubuh kita. Kita menyiat kulit muka kita, tangan kita, dada kita dan semua bahagian yg ad pada kita. Gerun kita mendengarnya dan sakit yg kita rasakan..
Sahabat- sahabiah sekalian, tersebut dalam hadis bahawa pada saat kematian nabi saw, baginda merasa amat sakit sekali sehinggakan baginda mengadu pada Izrail, Izrail memberitahu bahawa itu ialah selembut-lembut cara yg pernah dilakukan olehnya ketika mencabut nyawa manusia. Kita lihat bagaimana seorang nabi yg amat dicintai Allah swt, bahkan seorang maksum juga merasai kedahsyatan kematian. Siapa kita?? Manusia yg sentiasa bergelumang dengan dosa pada setiap masa dan ketika. Amalan fardhu pun kita tidak ambil berat, apatah lagi amalan sunat yg lain,tepuk dada tanya iman!
Firman ALLAH SWT “ maka bagaimanakah ketika malaikat datang mencabut nyawa mereka, memukul-mukul wajah dan belakang mereka” (surah Muhammad)
Itulah balasan pada saat kematian yg Allah swt timpakan kepada mereka yg ingkar dengan perintahNya. Malaikat itu akan datang dalam keadaan wajah yg amat menakutkan. Tanpa ‘budi bicara’, Izrail mencabut nyawa mereka dengan kasar sekali. Bayangkan apa yg kita mampu lakukan ketika itu. Dibimbangi pada ketika itu barulah datang perasaan untuk bertaubat kepada Allah, baru datang penyesalan atas segala dosa yg dilakukan. Ingatlah, kalau kita menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, taubat kita tidak akan diterima lagi.
Dalam hadis baginda yg lain pula, baginda mengingatkan umatnya bahawa semua manusia akan berhadapan dengan fitnah aau dugaan kematian yg amat dahsyat. Fiitnah itu akan datang dengan pelbagai cara. Sebagai contoh syaitan akan menyamar sebagai ulama dan mengajak manusia itu untuk keluar daripada islam.
Oleh itu, manusia hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan sebaik-baiknya untuk berhadapan dengan saat wajib untuk semua manusia ini. Antaranya ialah dengan cara berdoa kepada Allah supaya diakhiri kehidupan ini dengan kesudahan yg baik dan juga berdoa semoga Allah menjauhkan kita daripada fitnah kematian.
Berdasarkan keterangan diatas menunjukkan kepada kita bahawa kematian itu akan datang kepada setiap manusia. Ia datang tanpa diundang, datang pula dengan penuh kesakitan. Mari kita tanya pada diri kita, sudah bersediakan kita dengan MATI???
SAMA-SAMALAH KITA RENUNGKAN!!!!!

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home