Wednesday, June 3, 2009

..HaWa...

WaRkAh BuAt hAwA...

Bingkisan nurani dariku Adam untukmu permata dunia….

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…Didoakan moga kalian berada di bawah lembayung kerahmatan Illahi..
Maafkan aku terlebih dahulu kiranya coretan ini bisa mengguris hatimu.. Meskipun ku tahu jiwamu selembut sutera bisa hancur luluh hatimu dengan kata2 yg bakal ku ungkapkan ini… Namun mengertilah duhai Hawa… Kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu aku disyurga.. dan engkau berasal dr tulang rusukku yg bengkok..Kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yg sebenarmya, lantas ku gagahi jua diri ni..

Hawa,
Maha suci Allah yg mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah didalam urusannya.. Bayangkanlah Hawa.. Sekiranya kaumku melebihi kaummu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru hara dan diselimuti warna-warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu..

Hawa,
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yg melanda saat ini.. Tapi permintaanku duhai Hawa… Cuba renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini kian berubah.. Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yg indah di pandangan mata.. Namun bukan sebagai perhiasan semata2.. Duri2 yg melingkari dirimu.. Itulah hijab yg digariskan Allah sbg perlindungan yg diertikan sebagai aurat seorang yg bergelar wanita.. Disitulah nilai seorang wanita yg sebenar.. Mengapa Hawa?.. Mengapa harus kau biarkannya terdedah.. Terdedah kepada kami.. Kaum ajnabimu?.. Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu yg umpama bahan yg mudah diperkotak katikkan.. Dimana2 sahaja bisa kulihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik dulu lagi.. Langkahmu kian pantas… Apa yg kau kejari sebenarnya?.. Ku sendiri tidak pasti!!.. Terkadang , ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman2ku yg lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi, diiringi gelak tawa yg cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga… Sedarkah kau Hawa??.. Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah?.. Semakin jauh dari landasan Tuhan yg pernah aku tunjukkan kepadamu dulu!!

Hawa,
Mengapa dirimu kini menjadi tontonan ramai?!!.. Perlukah aku hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau miliki dari pelbagai ciri2 yg ditegah Islam!!.. Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan sepertimana pernah ku alami suatu ketika dahulu.. Dimana kaum Hawa mempersiap diri sekemas dan sesederhana mungkin.. Cukupku rasakan kehadiranmu saat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan yg kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah.. Hanya fitnah semata-mata.. Fahamilah Hawa.. Usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yg sentiasa meletakknmu seperti butir peluru yg bisa hinggap di mana sahaja dan meninggalkan fitnah buat kaumku ini!!

Hawa,
Betapa sakit dan pedihnya hatiku di saat kulihat auratmu menjala di sekeliling pandangan… Aku tidak mahu Hawa… Aku tidak sanggup Hawa.. Suatu hari nanti, di negeri abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yg kukira paling hebat…!! Apa tidaknya, seurat rambutmu yg dijamah oleh pandangan kaumku, ular menanti di mana-mana.. Sejengkal tanganmu yg kelihatan.. Aduh!!.. banyakya seksaan yg menanti buatmu.. Mengapa begitu Hawa?.. Tidakkah kau ingat bahwa apa yg perlu kau jaga sebagai seorang wanita adalah maruahmu!!.. Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer dimana-mana?

Hawa,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yg kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. Di bumi barakah ini.. Auratmu kau selindungkan disebalik pemakaian di atas dasar peraturan yg harus kau laksanakan.. Tapi nun jauh disana… tersentak diriku melihat dirimu yg jauh berbeza .. Kemana hilangnya tudung litupmu?.. Jilbabmu?.. Apatah lg tingkah lakumu!! Dimana kau letak martabat seorang hafizah yg bibirnya sentiasa basah dengan Kalamullah???!!

Hawa,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu.. Bertuturlah dengan lemah lembut tap bukan dengan lemah gemalai!! Jika terlanjur, semua ini bisa membawa dosa jua padaku.. jangan kau perlihatkan apa yg patut kau sembunyikan… Tapi ingatlah.. Cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yg dizahirkan.. Bukan kakimu.. Bukan jua tanganmu.. Ingatlah Tuhan kita ada mengatakan ;
“ Dan katakanlah kepada wanita- wanita yg beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali yg zahir daripadanya” ( surah an-nur :21)

Hawa,
Andau kau masih belum dimiliki. Usahlah kau risau akan jodohmu.. ingatlah bahawa janji Allah itu adalah pasti… “ Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik”.. Janganlah kau menggadaikan maruahmu hanya semata2 untukku.. Jangan mengenakan busana yg menjolok mata hanya untuk memancingku.. Kerana kau hanya menarik nafsuku bukan hatiku.. Jangan sekali2 kau bisa mengaturkan pertemuan denganku kerana kita ada makhluk Allah yg ketiga.. Aku juga bimbang kita akan terjerumus ke kancah maksiat…

Hawa,
Mungkin ku harus hentikan bicara ini disini dahulu… Andai dizinkan Allah. Kita bersua lagi di lain lembaran dan yg pastinya kau akan tetap ku bombing… Harapanku muncullah walau secebis kesedaran di hatimu.. Dan ku doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan anjakan paradigma kerana darimulah akan lahirnya mujahid dan mujahidah alam… >>ADAM<<

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home